Tuesday, February 8, 2011

Discovery - Isu pertama

Latest Discovery

Kazakhstan akan membina khemah terbesar di dunia digelar Khan Satyr (Khemah Khan) dan dibawahnya mempunyai kolam ombak dan kolam renang, pantai buatan, padang golf, 8 cafe, 20 restauran, panggung wayang yang mempunyai 5 panggung, dok pemerhati dan 250 kedai.

Berpusing keliling dunia dengan menggunakan bot berkuasa kacang soya.

Apakah ciri fizikal yang hanya terdapat pada orang Asia sahaja?

Appendix dalam perut anda sebenarnya ada gunanya.

Mythbuster.
Bolehkah anda akan terkena renjatan elektrik jika anda menggunakan telefon sewaktu ribut kilat ???

Then & Now
Pembedahan kosmetik - bermula dari 4000 tahun lepas sehingga sekarang.

Back from The Brink
Sedihnya, banyak spesis akan pupus dari muka bumi. Tetapi dengan bantuan manusia, banyak burung, reptilia, serangga, mamalia dan tumbuh-tumbuhan akan wujud semula. Kaedahnya...???

Murder In the Mist
Sementara sesetengah dar spesis telah selamat dari kepupusan. Ada sebahagiannya berjuang untuk hidup. Gorilla gunung salah satu darinya yang popular dalam filem 'Gorilla in the Mist' - lakonan Sigourney Weaver. Ia dibunuh dalam perang saudara - dan itu baru permulaan.

Guilty - Convicted in the Crime Lab
Sains Forensik telah membuatkan pembunuhan menjadi mudah untuk diselesaikan. Namun 6 kaedah paling baru yang disenaraikan dalam artikel ini memberikan bantuan lebih baik dalam membantu polis.

Secrets of The Sands.
Gurun Namibia - gurun tertua di dunia; dan juga antara yang terkering di dunia, namun terdapat 2 binatang 2 kaki dan 4 kaki yang mampu hidup disini. Bagaimana? Apa yang mereka makan?

Does Mike Rowe really have TV's Dirtiest Job
Menelusuri rancangan Dirty Jobs di Rancangan Discovery, bagaimana jurukamera menangkap gambar dan bertemuramah bersama pengacaranya Mike Rowe.

Your Future Life.
Hidup di masa hadapan. 4 kaedah bagaimana untuk hidup pada masa hadapan.
1) Angkasa - menaiki elevator ke bulan.
2) Rumah - Menikmati hidup dalam rumah Wonderland.
3) Pengangkutan - Melawan kesesakan dengan kereta terbang.
4) Perubatan - Robot yang jadi pakar bedah.

Stalkers of The Supernatural.
Mula-mula, terdapat bunyi bising di bilik air sewaktu Jeff Jine menemuramah Joanne Whitley tentang roh yang mengganggu keluarga mereka di sebuah rumah di New Hampshire. Tiba-tiba tangan jurubunyi bengkak tanpa sebab... juga hantu yang terdapat dalam setiap kebudayaan.

No comments:

Post a Comment